Thursday, 5 July 2012

Ya Rabbi, selamatkanlah aku!


Imam Ahmad bin Hanbal berkata,

"Tahukah kalian, bagaimana sebenarnya seorang Muslim berdoa?"

Mereka bertanya, "Bagaimana itu, wahai Imam?"

Beliau menjawab,

"Tahukah kalian bagaimana seorang yang berada ditengah gelombang lautan, sementara dia hanya memiliki sebatang kayu dan dia pun akan tenggelam? Kemudian orang ini berdoa dengan mengatakan;
Ya Rabbi, selamatkanlah aku! Ya Rabbi selamatkanlah aku! 
Maka demikianlah seharusnya seorang Muslim berdoa kepada Allah.."

Bayangkan kita berada dilautan. Hanya mampu berpaut kepada sebatang kayu. Tiada teman. Hanya gelombang lautan yang semakin mengganas. Kita hanya mampu berdoa agar Allah SWT menyelamatkan kita daripada keadaan tersebut. Mengharapkan bantuan untuk menyambung sisa hidup. Perasaan inilah sepatutnya kita rasakan tatkala kita sebagai hamba-Nya menadah tangan kita untuk berdoa kepada Allah SWT. Perasaan inilah yang sepatutnya kita rasakan tiap-tiap kali kita berdoa kepada Allah SWT..

Sayyidina Anas bin Malik berkata,

"Seseorang berdoa dengan menggunakan: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan menyatakan bahawa bagi-Mu segala puji, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang Maha Pemberi, Pencipta langit dan bumi serta yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Wahai yang Maha Hidup dan Maha Tegak, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu."

Rasullullah s.a.w bersabda:  "Tahukah kalian dengan apa orang ini berdoa?" 

Para sahabat berkata, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." 

Rasulullah s.a.w menjelaskan, 

"Demi Zat yang jiwaku di kekuasaan Allah, sesungguhnya orang ini telah berdoa dengan nama Allah yang agung, yang apabila digunakan untuk berdoa, Dia pasti mengabulkannya dan apabila digunakan untuk meminta Dia pasti memberinya.."
[Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibn Majah dan At-Tarmidzi]

Subhanallah..Allah itu Maha Memberi. Setiap hamba-Nya yang berdoa penuh kesungguhan dengan cara yang betul pasti akan dimakbulkan. Marilah kita berdoa dengan penuh pengharapan. Berdoalah penuh yakin kerana Allah itu Maha Mendengar..

Sumber: Menjemput Roh Ibadah



Friday, 18 May 2012

Trilogi Ibnu Al-Qayyim


Penyakit dan Ubatnya

Ibnu Al-Qayyim mengatakan,

"Sesungguhnya dalam hati ada robekan yang tidak dapat dijahit kecuali menghadap sepenuhnya kepada Allah. Dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali menyendiri bersama Allah. Ada juga kesedihan yang tidak mampu diseka oleh kebahgiaan yang tumbuh kecuali mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya. Ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan meninggalkan kegelisahan itu menuju-Nya. Dalam hati juga ada gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran hingga tiba saat perjumpaan dengan-Nya."

Dalam kehidupan kita, kadang kala kita diuji oleh perkara yang diluar sangkaan kita. Contohnya, kita kematian ahli keluarga kita. Semestinya kita merasa sedih, lagi-lagi apabila kita kehilangan seorang ibu. Kita takkan dapat pulih dari kesedihan itu melainkan kita menerima bahawa Allah menciptakan manusia hanya sementara. Tiada yang abadi kecuali Allah. Segala-galanya akan kembali kepada-Nya. Allah berfirman dalam surah A-li 'Imran [3 : 185],

A185

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Pancaran Hati

"Bergantunglah kepada Allah ketika orang lain bergantung kepada dunia. Bergembiralah kerana Allah ketika orang lain bergembira kerana dunia. Berbahagialah dengan Allah ketika orang lain berbahagia bersama kekasih-kekasih mereka. Akhir sekali, cintailah Allah dengan sebenar-benar cinta ketika orang lain menghadap para raja dan pembesar untuk mengais harta dan cinta mereka."

Kita seharusnya bergantung kepada Allah. Yakin bahawa Allah akan memberi kebahagiaan kerana Allah adalah Al-Rahim (Maha Penyayang), Al-Wahhab (Maha Pemberi) dan Al-Baqi (Maha Kekal).

Perindu Syurga

Ibnu Al-Qayyim juga mengetengahkan satu trilogi sikap dengan begitu indah. Beliau mengatakan,

"Jangan sesekali putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir. Jangan sesekali berhenti memohon ampun meskipun ditolak. Apabila gerbang terbuka, segeralah masuk seperti tamu yang tidak diundang. Kemudian tadahkan tanganmu dan katakanlah, 'Tolonglah, saya adalah orang yang miskin. Bersedekahlah untuk saya...!"

Mari kita selami maknanya. Kita ingin menangis ketika solat tetapi tidak boleh. Kita ingin meraih kekhusyukkan solat tetapi kita tidak tahu bagaimana caranya. Namun jangan berhenti memohon ampun meskipun ditolak! Ingat, mungkin Allah ingin menguji kita. "Apabila gerbang terbuka, segeralah masuk seperti tamu yang tidak diundang." Ada pengajian di masjid atau ceramah agama dikampus (sekiranya tiada apa yang menghalang), pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang-orang yang rajin membaca dan merenungi Al-Quran. 



Sumber : Menjemput Roh Ibadah
             Al-Quran

Thursday, 10 May 2012

Solat


Al-Arifbillah Hatim Al-Isham pernah ditanya tentang solatnya. Dia menjawab,

"Apabila waktu solat tiba, aku berwudhu' dengan sempurna dan menghampiri tempat aku akan mengerjakan solat. Aku pun duduk disana hingga seluruh tubuhku tertumpu. Kemudian aku pun bersolat dengan menjadikan Kaabah seolah-olah di hadapanku, ash-shirath dibawah kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku dan malaikat maut dibelakangku. Aku menganggap solat ini sebagai solat terakhirku. Kemudian aku mengerjakannya dalam nuansa antara raja' (harap) dan khauf (cemas). Aku bertakbir sepenuh mungkin dan membaca lantunan ayat Al-Quran dengan tartil (teratur dan tertib), kemudian ruku' dengan tawadhu' dan bersujud penuh khusyuk.
Selanjutnya aku duduk diatas kaki kiri dengan menjulurkan telapak kaki kanan di atas ibu jari. Aku pun mengakhiri solat tersebut dengan rasa ikhlas. Tetapi aku tidak tahu apakah solat itu diterima atau tidak."

Sumber : Menjemput Roh Ibadah

Wednesday, 9 May 2012

Muthmainnah



Di dalam buku Wahyul Qalam, Ar-Rafi mengatakan,

"Muslim yang memberikan fokus dalam niatnya ketika solat akan merasakan dirinya mampu lari dan mengatasi halangan-halangan dunia tanpa mengira waktu dan ruang. Dia akan mampu menuju alam rohaniah yang akan membuatkannya tidak memikirkan yang lain selain Allah. Inilah saat-saat istimewa dalam urusan hariannya. Dia mengekang setiap nafsu dan keinginanya melalui solat. Dia juga menghancurkan kefanaan jiwa lima kali sehari sehingga mampu merasakan hakikat keabadian. Jiwanya juga semakin hidup dan subur. Itulah solat lima waktu dimana hati bebas dari seluruh isi dunia."

Tiada yang lebih tepat dari sabda Rasulullah s.a.w,

"Pusat kebahagiaanku dijadikan terletak dalam solat."
[HR Muslim]

Beginilah kepekaan seorang muslim mengenai solat. Keutamaan dan kepentingan solat begitu jelas Namun kita masih belum merasakan maknanya malah menganggapnya sesuatu yang berat. Firman Allah,

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
[Al-Baqarah :45]

Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk di masjid, seorang lelaki masuk dan mengucapkan salam lalu melakukan solat. Setelah selesai, dia pun menghampiri baginda namun baginda bersabda;

"Tunaikanlah solatmu semula kerana engkau masih belum menunaikannya."

Lelaki itu pun solat sekali lagi dan kembali kepada baginda setelah solatnya selesai. Baginda bersabda lagi dengan kata-kata yang sama dan lelaki itu mengulangi semula solatnya. selepas itu beliau kembali kepada baginda. Namun baginda tetap bersabda;

"Tunaikanlah solatmu semula kerana engkau masih belum menunaikannya."

Akhirnya lelaki itu bekata; "Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, saya tidak dapat mengerjakan yang lebih baik dari ini. Ajarkan saya, wahai Rasulullah!"

Baginda pun bersabda;

"Mulakan solatmu dengan takbir, lalu bacalah beberapa potong ayat Al-Quran yang mudah. Kemudian ruku'lah dengan betul dan muthmainnah (tenang), lalu i'tidal hingga engkau betul-betul berdiri. Selepas itu bersujudlah dengan betul dan duduk hingga kamu betul-betul duduk dengan tenang. Kemudian sujudlah semula hingga kamu betul-betul sujud dengan tenang. Biasakan gerakan-gerakan ini dalam setiap (rakaat) solatmu!"
[HR Bukhari]

Sumber : Menjemput Roh Ibadah

Saturday, 14 April 2012

How to Soften Your Heart

A believer does not wish for anything more than the pleasure of Allah. The pleasure of Allah is not attained with anything greater than the love for the words of Allah (i.e Quran). And some of the greatest qualities that Allah has praised His pious servants of possessing are 3 qualities.
  
When the verses of Allah are recited upon, they feel :
1) fear and humbleness in their hearts
2) creeping of the skin
3) dropping of tears

Allah mentioned in the Quran [19: 58]

A058

"Those were some of the prophets on whom Allah did bestow His Grace,- of the posterity of Adam, and of those who We carried (in the Ark) with Noah, and of the posterity of Abraham and Israel of those whom We guided and chose. Whenever the Signs of ((Allah)) Most Gracious were rehearsed to them, they would fall down in prostrate adoration and in tears."

"Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis."

Certain things come with habituation. And the best thing a person can advice another who wants to soften their heart is to stand in front of Allah at night! And that he recites verses where Allah praises or describes Himself. There is no speech more beautiful and has an effect like the verses where Allah praises Himself and informs us about Himself. And there is no one greater than Allah. No speech is greater than the speech of Allah and nobody is more knowledgeable about Allah than Himself. 

So, if you stand in front of Him on the first nights when you first start praying the tahajjud, choose verses where Allah praises Himself. You also need to know the meaning of verses that you recite. And repeat these verses until your heart softens and your eyes cry progressively. After a number of days, you will find that your heart will not find peace in anything more than it does in the remembrance of Allah. The company of Allah can't be compared to the company of His creation.

Allah in the Quran says about Himself [25: 45-47]

"Hast thou not turned thy vision to thy Lord?- How He doth prolong the shadow! If He willed, He could make it stationary! then do We make the sun its guide. Then We draw it in towards Ourselves,- a contraction by easy stages. And He it is Who makes the Night as a Robe for you, and Sleep as Repose, and makes the Day (as it were) a Resurrection"

"Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu. Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur. Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki."

These are things which we can see it happen and when it is linked to its creator, then certainly (faith) increases in the heart! 
Allah also says in Surah Hashr [59: 23-24]

A023

"Allah is He, than Whom there is no other god;- the Sovereign, the Holy One, the Source of Peace (and Perfection), the Guardian of Faith, the Preserver of Safety, the Exalted in Might, the Irresistible, the Supreme: Glory to Allah. (High is He) above the partners they attribute to Him." 

"Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya."

A024

"He is Allah, the Creator, the Evolver, the Bestower of Forms (or Colours). To Him belong the Most Beautiful Names: whatever is in the heavens and on earth, doth declare His Praises and Glory: and He is the Exalted in Might, the Wise."

"Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."

This is the speech of Allah, the most powerful about Himself. This is the food which the heart of the believer survives by. This is what leads to the pleasure of Allah and His gardens and guides the believer to good deeds. 

p/s : Don't just read it, try it insyaAllah it'll work..

A Reflection of Pain


It’s easy to minimize a person’s hurt without understanding the nature of pain. People often like to categorize how much a person should or shouldn’t hurt about things. For example, when someone is upset about something, they say, “At least you’re not paralyzed, or starving in Africa.” While it’s imperative to be grateful for what we have, I think people often mistaken the nature of pain, when they ‘categorize’ in this way. A relationship break up can hurt more than struggling with cancer (true story). The criteria for how much something hurts is not dependent on the thing itself. 

It is dependent on 2 things:

1. The strength of the attachment.

2. The level of Divine help.

Therefore to minimize the devastation of pain:

1. Don’t be attached to (dependent on) temporary things.

2. Seek Divine help.

And don’t assign judgement for people’s pain..

Thursday, 12 April 2012

Ratib Cinta



Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.


Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.


Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.


Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.


Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi