Sunday 8 April 2012

Ucapan Kubur Kepada Mayat



Dari Abu Sa'id dituturkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda sebagai berikut :

Banyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan (kematian) kerana tidak datang suatu hari melainkan kubur akan berbicara, "Aku adalah rumah pengasingan, rumah tempat menyendiri dan rumah tanah. Aku pun adalah rumah cacing."

Jika seorang mukmin dikebumikan, kubur akan berkata kepadanya, 
"Selamat datang. Engkau adalah orang yang paling aku sukai di antara mereka yang berjalan di atasku menuju diriku. Hari ini aku akan menjadi walimu dan engkau telah kembali kapadaku. Engkau akan mengetahui apa yang aku lakukan kepadamu." Diluaskan kuburnya sejauh pandangan mata dan dibukakan baginya pintu menuju syurga.

Jika dikebumikan seorang derhaka atau kafir, kubur berkata kepadanya,
 "Tiada kata selamat datang untukmu. Sesungguhnya kamu adalah orang yang paling aku benci di antara mereka yang berjalan di atasku menuju diriku. Hari ini aku akan menjadi walimu dan engkau sendiri telah kembali kepada diriku. Oleh kerana itu, kamu akan melihat apa yang akan aku perlakukan terhadapmu."
Seketika, bahagian kubur itu menyempit dan bertemu kedua-dua sisi sehingga tulang rusuk orang kafir itu hancur. Abu Sa'id meriwayatkan lebih lanjut bahawa Rasulullah s.a.w kemudian memberi isyarat dengan jari-jemarinya. Beliau merapatkan jari yang satu ke jari yang lainnya.

Rasulullah s.a.w berkata," Kemudian Allah menyebarkan tujuh puluh ular besar yang jika salah satu darinya dilepaskan di muka bumi ini, tidak akan ada sesuatu pun di dunia ini akan tersisa. Lalu ular-ular itu menggigitnya dan mengoyakkannya sampai dia dibawa menuju hisab."

Selanjutnya baginda bersabda :
"Sesungguhnya kubur itu adalah salah satu taman syurga atau salah satu lubang neraka.."

Abu Hurairah berkata, kami pernah pergi bersama Rasulullah s.a.w menjenguk seorang jenazah, lalu beliau duduk berhampiran dengan kubur seraya bersabda, "Tiada hari yang datang melainkan kubur ini akan bersuara dengan cepat dan lantang, Wahai anak Adam, bagaimana mungkin engkau melupakan aku? Tidakkah engkau mengetahui bahawa aku adalah rumah tempat menyendiri, rumah pengasingan, rumah segala yang  menakutkan, rumah cacing dan rumah penuh kesempitan; kecuali siapa yang diberi keluasan oleh Allah atas diriku.."

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, 
 "Kubur itu merupakan salah satu taman syurga atau salah satu lubang neraka.."
[HR at-Tabrani]



Sumber : Ziarah ke Alam Barzakh ( al-Imam Jalaluddin as-Suyuti) 
                 m/s: 177

No comments:

Post a Comment