Monday 19 December 2011

Pesanan dari Jordan





Dulu..Kini..


18 disember 2005/6/7/8, johor.
kosong.
xterisi.
xkufahami.
xmengerti.
xmengetahui.
x pernah mencari,
x juga memberi.
x pernah juga usaha memiliki.

betapa sangat dikesali
akan waktu yang berlalu sepi
detik-detik yang dibiarkan pergi
tanpa ada amal mengekori,
yang menjadi penyelamat diri,
di alam kekal abadi.

xpernah berfikir, apatah lagi menghayati.
xjuga melihat, dengan mata hati.
erti sebenar kehidupan dunia.
erti menjadi hamba,

juga erti mengabdi diri 
kepada Dia Sang Pencipta.

entah apalah yang ada di hati.
di mana Dia juga x ku pasti.

sungguh, xmampu diingatkan lagi.
xmahu diimbas kembali.
xsanggup dikenang lagi.
xingin mengulanginya lagi.

biarlah..
biarlah ia menjadi sejarah.
biarlah ia dijadikan semangat
bagi membakar diri
mengislah peribadi
mengubah jati diri
agar semuanya diredhai
agar dapat memberi
agar juga dapat memiliki
hati yang murni
yang dekat dengan Rabbnya.



18 disember 2011,jordan.

hari ini,detik ini,saat ini, 
sering ku fikirkan keadaan diri.
apakah cukup bekalan dibawa,
ilmu di dada,
akhlak mulia
hati yang kaya.

apakah juga amalku diterima
mungkinkah lompong sini dan sana
banyak lagi cacat dan celanya.

apa yang pasti
xmungkin dibiarkan lagi
diri menjadi mangsa
oleh nafsu yang hina
xmungkin dibiarkan pergi
waktu-waktu berharga
mengutip mutiara
mengubah diri
menjadi hamba
sebenar-benar hamba



semakin hari
semakin sedar tanggungjawab yang ada
semakin diri dimamah usia
semakin mati mendekati
semakin suntuk
semakin takut.


buat dirimu yang disayangi,
jangan biarkan waktu berlalu.
jangan biarkan saat itu pergi
jangan lagi dibiarnya sepi
tanpa dirimu sedar 
tiada amalan menjadi bekalan.

didik nafsu itu payah
berjuang itu pahit
jihad itu susah

tapi semua itu perlukan mujahadah
barulah terasa manis dan indah.

sebab
kerana syurga itu mahal
xmungkin amal2 murah dapat kita membelinya 



Nukilan;
9.00pm
18 disember 2011
Bayt handzalah
jordan.


No comments:

Post a Comment