Thursday 29 December 2011

sekiranya kau mencintai aku..

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia menciptakan kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda kaum yang berfikir"

[Qs Ar-Rum 30:12]


Setiap manusia telah ditakdirkan oleh Maha Pencipta akan bertemu jodoh masing-masing dan Dia Maha Mengetahui siapa bakal jodoh setiap manusia didunia. Dalam perjalanan hidupku, Allah telah menguji imanku. Sejauh mana kita sanggup berkorban cinta manusia demi cinta abadi iaitu cinta kepada Allah SWT. Telah hadir kaum adam sejak aku mula mengenal erti cinta manusia dan cinta abadi ilahi. Aku juga telah beberapa kali hanyut dibuai fantasi dunia. Lupa akan hadirnya insan yang bernama suami. Lupa tentang dosa dan pahala. Lupa bahawa kita diciptakan untuk beribadat kepadaNya...

"Diatas sejadah malam ini aku tertunduk pada gelap pekatnya malam
meraba rahsiaMu Ya Allah
atas jodoh yang kau pilihkan untukku
istikharah mencari jawapan bagi menggapai 
alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh 
memohon datangnya jawapan daripada Sang Pemberi Hidayah
memohon..merayu
bila jawapan itu masih tergantung di langit
maka turunkanla 
maka bila jawapan itu masih terpendam di dalam perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit untuk ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah
Duhai kekasih sejati, Engkau Maha Cahaya
dalam kerinduan yang mendalam
dalam tatih Pintu Cahaya
aku disini bersimpuh untuk menjemput cinta
cinta seorang yang telah Kau pilihkan
semoga kan abadi di dunia dan di akhirat...."

dan wahai adam, sekiranya kau mencintaiku...
dan kau bukan ditakdirkan untuk bersamaku
maka bersihkan hatimu dengan istighfar..
dan lepaskanlah diriku...





No comments:

Post a Comment