Wednesday 11 January 2012

Mencari Cinta


"Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
[Adz-Dzariyaat: 56]



Sahabatku, apabila Allah SWT berfirman bahawa "tidak aku ciptakan jin dan manusia agar mereka beribadah kepada-Ku" maksudnya dalam apa jua yang kita lakukan, dalam setiap apa jua yang kita lafazkan, yang kita rasakan..kita mesti akan kaitkan dengan Allah swt. Kita hidup mempunyai banyak tujuan tetapi berdasarkan ape yang Allah ingin nyatakan dalam ayat ini adalah tujuan sebenar hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya.  Dalam buku Ibnu Qayyim Al-Jauziah yang berjudul panduan merawat hati dan tipu daya syaitan (Igahathatul Lahfan Min Maqayidis Syaithan) dia ade menyatakan bila mencintai, ia mencintai kerana Allah; bila membenci, ia membenci kerana Allah; bila memberi, ia memberi kerana Allah; bila tidak memberi, ia tidak memberi kerana Allah. 

Dalam hidup ini kita haruslah meletakkan Allah swt sebagai matlamat akhir kita. Segala-galanya kita laksanakan lillahi ta'ala, kerana Allah swt. Saya ambil contoh cita-cita kita semua. Kita sedia maklum dan dididik untuk mempunyai cita-cita supaya apabila kita sudah dewasa kita tahu sama ada ingin menjadi seorang doktor, peniaga, guru dan sebagainya. Bila mana seorang doktor tidak meletakkan Allah sebagai matlamat akhir dia, bila dia kaya dia akan lupa untuk bersedekah. Dia akan merawat orang bukan kerana untuk membantu tetapi untuk mengaut keuntungan semata-mata. Bila mana seorang peniaga tidak meletakkan Allah sebagai matlamat akhir dia, bila dia berniaga dia akan mengamalkan riba'. Meletakkan Allah swt sebagai matlamat akhir itu maksudnya kita lakukan segalanya kerana Allah swt..Jelas bukan..

Jadi bagaimana kita nak tarbiah diri untuk meletakkan Allah swt dalam setiap action plan hidup kita??


Disinilah mulanya kita bercakap tentang qalb atau hati. Rasullulah saw telah bersabda diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : 

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ،وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu adalah qalb (hati)"

Hati adalah komponen yang paling penting untuk meletakkan Allah swt sebagai matlamat akhir kita kerana untuk mengingati Allah swt dalam setiap perkara yang kita lakukan, hati itu perlulah sihat. Hati yang sihat itu adalah hati yang bebas daripada cengkaman dunia. Hati yang senantiasa mengingati Allah swt. Hati yang  mencari cinta yang abadi, yang hakiki. Walaupun diasak nafsu, ujian yang datang bagai taufan, syaithan datang berbondong-bondong menggodanya, buatlah apa sahaja hati itu akan kembali kepada penciptaNya. Hati itu akan tetap menyebut "Allah..Allah..Allah.." kerana..

"Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan..
Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung.."



No comments:

Post a Comment